Friday, 6 February 2009

Jalan Keluar Untuk Sultan Perak dan Istana

Dalam setiap kesempitan tentu ada jalan keluar....

Baginda Sultan Perak sememangnya sangat dihormati rakyat dan disegani dikalangan Raja-raja Melayu. Akan tetapi tindakan DYMM Tuanku dalam isu perlantikan MB Perak yang terbaru ini nampaknya kelihatan seperti DYMM Tuanku 'berpihak' kepada BN walaupun DYMM Tuanku pada hemat saya cuba mengambil keputusan terbaik untuk menstabilkan pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Dalam isu ini samada DYMM Tuanku memihak kepada BN atau PR tidak timbul. Apa yang berlaku ialah DYMM Tuanku kelihatan 'seolah2' memihak kepada BN walaupun saya yakin DYMM Tuanku tidak bermaksud begitu. Sebagai rakyat biasa saya juga akan nampak 'seolah2nya' begitu dan itulah yang menjadikan rakyat kecewa dan sebahagiannya menyatakan kekecewaan mereka dengan peristiwa perhimpunan di masjid itu. Perlu diingat bukan semua yang kecewa dengan keputusan itu hadir kerana masih ramai lagi yg kecewa dengan keputusan DYMM Tuanku tidak menyatakan bantahan secara jelas tetapi meyimpan perasaan itu sehingga satu masa yang sesuai untuk diluahkan.
MB Perak baru telahpun diperkenan oleh DYMM Tuanku. Mungkin agak sukar untuk menarik balik perkenan itu. Air muka DYMM Tuanku perlu dipelihara sebaiknya dalam apa juga keputusan yang bakal diambil. Tapi apalah nilai air muka jika ia mengundang bencana dan kebencian rakyat. Sebagai Sultan yang hatinya rapat dengan rakyat, kesedihan dan kehampaan rakyat terhadap keputusan DYMM Tuanku tentulah lebih pahit untuk ditelan dari menjaga air muka dan status kesultanan. Apalah salahnya Tuanku mengakui kesilapan buat kali ini agar terus dikenang sebagai Sultan yang prihatin dengan pandangan hamba rakyat. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Pemimpin UMNO/BN sebagai hamba rakyat yang patuh dan sentiasa menjunjung titah DYMM Tuanku pasti akan menerima penarikan semula perlantikan itu kerana hanya beberapa orang sahaja yg kecewa berbanding ribuan/jutaan hati rakyat yang terluka tak mudah untuk diubati hanya dengan kata-kata manis apatah lagi ditambah ejekan dan tohmahan media arus perdana yang amat menyakitkan hati.
DYMM Tuanku mungkin tersepit, samada menerima saranan BN atau PR. Pada hemat patik pilihanraya seluruh negeri adalah sesuatu yang hanya membazir masa dan tenaga rakyat. Walaupun demikian adalah penting untuk Tuanku mengambil jalan berkecuali seperti yang dimaksudkan oleh DYMM Raja Nazrin. Antara jalan akan meletakkan Tuanku nampak berkecuali dan sememangnya berkecuali adalah dengan cara Tuanku menangguhkan dan menarik semula perlantikan MB Perak yg baru sehingga Mahkamah membuat keputusan tentang status perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR dan 1 bekas Adun DAP. Apabila mahkamah telah membuat keputusan barulah Tuanku membuat keputusan seterusnya yang selari dengan keputusan mahkamah. Jika mahkamah menyatakan surat perletakan jawatan itu sah, maka pilihanraya kecil perlu diadakan dikawasan2 terbabit. Maka biarkanlah hamba rakyat yang Tuanku kasihi yang memilih pemimpin kepercayaan mereka. Jika mahkamah membuat keputusan bahawa perletakan jawatan itu tidak sah maka Taunku wajar menggunakan kuasa yang ada pada Taunku untuk membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri memanggil sidang tergempar dengan wakil dari BN membentangkan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Perak dari PR. Jika majoriti anggota dewan yang dipilih oleh rakyat mengundi untuk menggugurkan MB dari PR maka itulah keputusan majoriti kepimpinan yang dipilih oleh rakyat. Pada masa itu barulah Tuanku memberikan perkenan perlantikan MB Perak yg baru dari BN.
Jika itulah pilihan DYMM insyaAllah hamba rakyat yang dikasihi akan terus menjunjung kasih ke atas DYMM Tuanku dan tiada siapa yang akan dibenci oleh hamba rakyat dalam menyelesaikan kemelut politik ini kerana semua keputusan dibuat oleh mahkamah dan wakil2 rakyat yang dipilih sendiri oleh rakyat. InsyaAllah DYMM Tuanku akan dipandang tinggi oleh hamba rakyat sebagai Sultan yang bijaksana dan tidak memihak kepada mana-mana politik bahkan mementingkan kepentingan rakyat dan keharmonian rakyat dipelihara.
Semoga Allah memberikan kekuatan kebawah DYMM Tuanku untuk mengambil langkah yang terbaik untuk terus dikenang dan dikasihi hamba rakyat seterusnya mengekalkan hubungan baik istana, kerajaan negeri dan rakyat untuk kebaikan rakyat seluruhnya.
Daulat Tuanku....

Wednesday, 21 January 2009

UMNO BINGUNG......

Pilihanraya kecil Kuala Trengganu telah berlalu dengan jayanya apabila PAS merampas semula kerusi yang dimiliki oleh BN.

BN dan UMNO khususnya masih mencari-cari faktor kekalahan. Tiba-tiba bakal Perdana menteri Malaysia mengatakan imej tidak mesra calon BN adalah faktor kekalahan.

Pada hemat saya, banyak pemimpin dan peneraju organisasi hari ini telah hilang satu kemahiran penting iaitu kemahiran memandang sesuatu perkata secara holistik (keseluruhan). Kaedah 'single factor' sudah tidak boleh digunakan dalam senario kompleks masyarakat Malaysia.

Kita memerlukan STATISTIK LENGKAP bagi menggambarkan apa yang berlaku dan bukannya seperti orang buta memegang gajah dan melihat satu segment sahaja. Walaupun itu merupakan faktor terbesar kita masih memerlukan maklumat faktor sampingan yang lain.

Jika BN serius untuk metadbir negara dengan baik, kecekap melihat sesuatu secara keseluruhan amat penting dimiliki oleh seorang pemimpin negara. Jika kualiti itu tidak dimiliki oleh pemimpin BN/UMNO adalah wajar BN ditolak terus oleh rakyat.

Saturday, 20 September 2008

Lim Guan Eng dan UMNO, siapa cederung kepada Islam

Saya berminat dengan politik sejak kecil dan berikut sedikit permerhatian saya tentang politik DAP dan UMNO di Malaysia.

Lim Guan Eng (DAP) - masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis melayu yang dikatakan dirogol oleh ahli politik Melayu.
Pemimpin melayu - tidak ada seorang pun mahu mempertahankan gadis berkenaan sehingga gadis berkenaan dikatakan ditahan di pusat pemulihan akhlak.

Lim Guan Eng(DAP) - ingin menjadi Ummar Abdul Aziz
Pemimpin Melayu UMNO - Nak jadi siapa? Tak nak jadi seperti Rasulullah ke?

Lim Guan Eng(DAP) - menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardhu Ain.
Pemimpin UMNO - menarik bantuan perkapita kepada semua sekolah Agama Rakyat.

Lim Guan Eng(DAP) - memberikan semula bantuan perkapita yang dihentikan pemimpin Islam UMNO.
Pemimpin UMNO - nampaknya masih enggan mengembalikan bantuan perkapita kecuali untuk Kelantan oleh DS Hishamudin Tun Hussein.

Lim Guan Eng(DAP) - Telah mengumumkan peruntukan tanah dan budget untuk pembinaan sekolah Agama Rakyat di Penang.
Pemimpin UMNO - sibuk cari tanah mana yg boleh dipohon atas nama tanah kurnia.

Lim Guan Eng(DAP) - Pergi berkempen dengan kereta peribadi di Permatang Pauh.
Pemimpin UMNO - Menggunakan kereta rasmi, helikopter rasmi dan kemudahan kementerian untuk berkempen.

Lim Guan Eng(DAP) - Naik flight economy class.
Pemimpin UMNO - Mana ada kelas naik ekonomi class. Bisnes Kelas la....

Berdasarkan fakta diatas pemimpin mana yang lebih cenderung ke arah Islam dan nilai2 Islam?
DAP atau UMNO?

POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA

Hari ini politik Malaysia menunjukkan satu suasana yang huru hara dan berkecamuk. Prinsip demi prinsip ditolak untuk memastikan survival politik parti berterusan. Ada ahli politik dari parti politik tertentu menuduh parti yang lain mamainkan sentimen perkauman sedangkan partinya sendiri jelas mengutuk kaun lain.
Apabila DSAI memberikan harapan kepada kaum Cina dan India akan peluang yang sama dengan bangsa lain dan semua rakyat yang lemah akan dibantu tidak mengira kaum, pemimpin BN mengatakan DSAI memainkan isu perkauman tapi bila pemimpin UMNO mengatakan Cina orang pendatang di Malaysia ia bukan perkauman. Malah waratwan yang melaporkannya ditahan dibawah ISA. Jika benar wartawan itu melaporkan diluar konteks yang sebenar sepertimana yang diberitahu oleh ahli politik berkenaan mengapa UMNO masih mengambil tindakan menggantung beliau? UMNO sepatutnya membebaskan beliau tanpa sebarang hukuman dan melaporkan konteks ucapan beliau yang sebenar.
Satu perspektif yang saya kira perlu dilihat oleh masyarakat Malaysia ialah hubungan antara fakta perkauman dan aspek ketuhanan. Orang Melayu mungkin merasa bertuah dilahirkan sebagai Melayu tapi orang Cina dan India akan mempunyai satu persoalan dalam diri mereka iaitu "Do I choose to be born Chinese? It's God's decision not my own choice." Secara peribadi saya belum berjumpa fakta agama yang mengajar untuk mendiskriminasi bangsa lain. Malangnya kebanyakan ahli politik Islam yang sibuk memainkan sentimen perkauman sehingga memberikan gambaran salah seolah2 Islam juga membenarkan perkauman sempit sepertimana yang diamalkan sekarang.
Tapi keengganan kerajaan mengambil prinsip Islam bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak dulu kerajaan konsisten menolak dasar Islam. Jika tidak masakan pelajar Islam yang berserban dibuang sekolah? Purdah tidak dibenarkan dipakai di IPTA di Malaysia. Pemimpin UMNO sekarang juga amat fobia dengan songkok putih atau kopiah dan serban serta jubah. Adakah Malaysia bercadang menjadi Turki Asia Tenggara?
Islam hanya akan diterima jika ia tidak bertentangan dengan dasar BN yang sekular. Jika ia bertentangan maka dasar Islam di tolak dan dasar BN yg entah apa asasnya mesti dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir diatas nama ketuanan Melayu.

Kesimpulannya, mungkin pemimpin BN lupa apabila mati kelak adakah beliau mahu diuruskan sebagai seorang Islam atau seorang Melayu sejati, cuma yang pasti malaikat maut dan mungkar dan nakir akan tetap bertemunya tanpa mengira bangsa dan agama. Jika itu kita yakini maka tidak ada sebab kita terus mengikat tangan dengan simpul mati didahan perkauman.

Saturday, 13 September 2008

TEORI RAHMAN UTK JAWATAN PM

Teori ini sangat popular sedikit masa dulu dan seolah2 satu tori yang akan menjadi realiti. Walaupun saya tidak percaya pada teori2 tanpa asas yang kukuh ini saya tertarik dengan keadaan politik semasa di negara kita Malaysia ini.

Bagi seseiapa yang tidak biasa dengan teori ini ianya boleh dijelaskan dengan kenyataan dibawah
Perdana menteri Malaysia yang pertama adalah Tunku Abdul Rahman. Maka teori in mengambil sempena nama beliau... Rahman
R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H - Hussein Onn (Tun Hussein Onn)
M - Mahathir (Tun Dr Mahathir)
A - Abdullah (Dato' Seri Abdullah) dulunya A ini dikatakan untuk Anwar.
N - Najib (Dato' Seri Najib) belum pasti lagi krn ia belum berlaku....

Tiba2 seorang rakan saya datang dan berkata yang Anwar tidak boleh jadi PM krn mengikut teori Rahman lepas ini adalah untuk Dato' Seri Najib (seolah2 teori itu lebih tepat dari Al-Quran). Saya bukanlah nak menyokong mana2 tapi pada hemat saya mengikut hukum Tajwid Rahman di baca dengan 2 harakat pada huruf mim yg menjadikan bunyinya maan. Maka saya pun memberitahu rakan ini tulisan Rahman sepatutnya di tulis dengan Rahmaan untuk menggambarkan ianya 2 harakat. Maka jika awak percaya pada teori ini kemungkinan untuk Dato' Seri Anwar menjadi PM masih ada kerana Rahmaan maka ia menjadi seperti ini;

R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H - Hussein Onn (Tun Hussein Onn)
M - Mahathir (Tun Dr Mahathir)
A - Abdullah (Dato' Seri Abdullah) dulunya A ini dikatakan untuk Anwar.
A - Anwar (Dato' Seri Anwar)
N - Nik Aziz (Dato' Nik Aziz) belum pasti lagi krn ia belum berlaku....

N untuk Nik Aziz itu hanya gurauan saya dengan beliau kerana kalau Anwar menjadi PM rasanya amat sukar untuk Dato' Seri Najib menjadi PM selepas beliau tapi itu semua tidak mustahil...... kemungkinan untuk Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi PM juga tidak boleh ditolak buat masa ini kerana beliau nampaknya masih bertenaga.

Saya saja letak nama Tuan Guru kerana saya bosan nak melayan teori2 orang politik.

Friday, 12 September 2008

Where is Academician, when government going crazy????

The development in the country is seeing a VERY BAD sign. The direction is not only uncertain but in my opinion we are heading to dissaster. When many priciple if not all is being taken on the hand of politician for their survival, many available weaknesses in the government system is taken into advantage. The use of ISA on an unclear situation of who is at fault is very dangerous move. No wonder Prof Di Raja Ungku Aziz have said no investor he met is willing to invest in the country.

Corrupted politician is not as bad as abuse of goverment system and machinery. You can be corrupted, that is more or less between you and God. But to start using the government machinery like Police, Army, Goverment Department is a clear sign of power abuse.

The recent arrest of the internet blogger, reporter and a Parliment Member cum Executive Committee of Selangor State clearly shows that the interest of the public is taken on the hand of the ruling politician/party. While some who have taken similar action like the UMNO member in Penang for tearing the photo of Gerakan party leader and making racial remarks is not seen as an attempt to creat a bigger racial problem, a person who is accused of trying to slow down the azan prayer is immediately taken into ISA. What kind of logic and justice system do we have in the mind of current politician in our beloved country, land of God, Malaysia?

When al this havoc happening, where is the academician who is suppose to be neutral and back the truth? Why out of all sudden they disappear. The people's money have been use to get them the certificate they have in hand but when come to stand by the truth, they remain quiet. Again the academician is controlled by the ruling party by appointing all the politically approved Vice Chansellor (VC). So, where is the room of public view that is still available?? Internet..... but watch out, if they know you soon all your interest will be taken so you will be out of business or just live miserably and suddenly without realising you're in teir plot. Just like some politician who have no choice but to move the the corrupt group for survival purposes. Else you may be charge os something.

Oh God, nothing of what is happenning can be out of your knowledge and You're above everything. I know and strongly believe, when the time come you will punish and reward all the people involved.


Thursday, 5 June 2008

HARGA MINYAK NAIK 78 SEN?????????

Tak dapat nak saya gambarkan keluahan orang kampung dan pekerja-pekerja kilang, ibu-ibu tunggal, golongan tuan yang dah pencen dan sebagainya....

Terlalu panjang rasanya luahan yang nak diluahkan tapi cukuplah dengan kata-kata ini yang saya ambil dari hadith baginda Muhammad s.a.w:

"Apabila sesuatu urusan diserhakan kepada yang bukan ahli nantikanlah kehancuran"

Tahniah semua penyokong BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan...... sokonglah pemimpin agung yang terlalu bijak anda itu Yang Amat 'Bangang/Bingung' itu..... ciumlah tangannya yang mungkin seharum kasturi...... suruh berhenti tak nak berhenti lepas tu menyusahkan orang....

Anwar ni pun satu, lambat sangat, cepat la sikit apa lagi nak tunggu.....